Analisis dan catatan matawang GBPUSD (British Pound/U.S. Dollar) terkini menggunakan Teknik TLBPRO 07 Februari 2019 – Page 2

Analisis dan catatan matawang GBPUSD (British Pound/U.S. Dollar) terkini menggunakan Teknik TLBPRO 07 Februari 2019 – Page 2

Analisis Trading, Cable 1 Comment on Analisis dan catatan matawang GBPUSD (British Pound/U.S. Dollar) terkini menggunakan Teknik TLBPRO 07 Februari 2019 – Page 2

…sambungan dari page 1.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

P.S : Post ini adalah catatan analisis matawang GBPUSD (British Pound/U.S. Dollar) terkini menggunakan teknik TLBPRO untuk pembelajaran sahaja. Jika anda membuka posisi trading dengan menggunakan catatan ini, ia adalah risiko anda sendiri. Terima kasih.

  • Tarikh : 07 Februari 2019
  • Masa : 09 : 54 PM
  • Tempat : SOHO
  • Trading menggunakan : PC

Pair – GBPUSD, Time Frame – Daily dan H4, Teknik – TLBPRO (Maklumat teknik ini, sila baca di sini).


 

Posisi / Entri yang sudah dibuka :

Entri beli telah dibuat di harga 1.29183.

Target : Take Profit (TP) pada 1.29774 (1128 pips) tetapi telah ditutup secara manual pada harga 1.29650.

Ulasan / Komen :

Trading GBPUSD pada hari ini adalah untung sebanyak 467.00 USD. Kenaikan GBPUSD pada hari ini juga sebenarnya berpunca daripada berita yang dikeluarkan pada 07 Februari 2019, jam 8 malam (waktu Malaysia) yang membawa impact besar terhadap pergerakkan naik atau turunnya matawang itu sendiri iaitu BOE Inflation Report, MPC Official Bank Rate Votes dan Monetary Policy Summary. Pada 07 Februari 2019, jam 8:30 malam pula telah berlangsung BOE press conference : Governor Mark Carney speech juga telah membawa impact kepada pergerakan fundamental GBPUSD.

Walau begitu, analisis teknikal yang dilakukan pada hari ini nampaknya tidak terlalu terganggu dengan berita tersebut. Hal ini kerana berdasarkan analisis yang dibuat, keputusan saya untuk membeli GBPUSD pada 1.28671 tetap boleh diteruskan.

Sekitar jam 8 hingga 8:30 malam tadi, saya melihat harga bergerak turun dengan pantas sehingga ke 1.28556. Walaupun begitu, penurunan tersebut tidak berterusan. Harga mulai berpatah balik atau dipanggil pullback dalam kalangan traders.

Harga berpatah balik sehingga ke kawasan 1.29722 dengan hanya 1 candle di time frame 4 jam.

Dalam pemerhatian saya sehingga jam 12 tengah malam, GBPUSD hanya berlegar-legar atau ranging sekitar harga 1.29954 hingga 1.29582. Harga yang sedang bergerak ranging tersebut jelas kelihatan di time frame 1 jam dan ke bawah.

Keputusan trading :

Trading GBPUSD pada hari ini adalah untung sebanyak 467.00 USD.

Terima kasih kerana membaca artikel analisis dan catatan matawang GBPUSD 07 Februari 2019 ini.

Tamat.

Baca Analisis dan Catatan 13 hingga 15 Februari 2019 di sini.

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

Search

Back to Top