#02 Tutorial MT4 : Bagaimana login ke akaun MT4?

#02 Tutorial MT4 : Bagaimana login ke akaun MT4?

Asas Forex, Tutorial Metatrader 4 2 Comments on #02 Tutorial MT4 : Bagaimana login ke akaun MT4?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Tutorial MT4 (Metatrader 4) kali ini , saya akan menerangkan cara untuk log masuk ke akaun MT4.Sebenarnya, Ia bergantung dengan broker yang anda mendaftar. Maksudnya, akan ada MT4 yang menyimpan semua maklumat broker. Terdapat MT4 yang sudah dijenamakan mengikut broker dan ada juga yang tidak berjenama.

Dua jenis MT4:

  • Berjenama (Branded Version)
  • Tidak berjenama (Non Branded Version)

Bagaimana cara untuk membezakan MT4 yang berjenama dengan yang tida berjenama? Sila lihat pada logo kecil dihujung atas kiri MT4 anda. Lihat pada gambar di bawah untuk membezakannya.

brand

 

Contoh no.1 – Berjenama (Branded Version), Contoh no.2 – Tidak berjenama (Non Branded Version).

Jika anda menggunakan MT4 yang tidak berjenama atau yang tidak didaftarkan dengan mana-mana broker, anda perlu menyediakan maklumat broker trading anda untuk log masuk ke akaun MT4. Lebih mudah jika anda menggunakan MT4 yang sedia ada di mana-mana broker yang anda berdaftar kerana anda senang untuk log masuk.

Baiklah, kembali ke topik asal.

Bagaimana cara untuk login ke akaun MT4?

Sekiranya anda log masuk buat pertama kali, anda akan melihat kotak seperti di bawah:

login

 

Sekiranya anda sudah mempunyai login ID (akaun yang berdaftar/Registered account), anda boleh skip kotak di atas dengan klik pada butang “CANCEL”.

Kemudian, akan keluar kotak login seperti di bawah:

login

 

Sila masukkan Login ID anda di ruang Login dan Password du ruangan password. Untuk server, anda boleh memilih demo untuk akaun demo. Live untuk akaun live.

Bagaimana jika kotak login tidak keluar secara automatik?

  • No.1, Klik pada “FILE” di sudut kiri hujung atas MT4.
  • No.2, Klik pada “LOGIN”. Sila rujuk gambar di bawah.

login

Selesai. Sekarang anda sudah boleh menggunakan MT4 anda.

>>#01 Tutorial MT4 : Apa Itu perisian MT4?<<

Untuk lebih jelas dan mudah, anda boleh memuat-turun ebook PANDUAN MEMBUKA AKAUN di bawah. Semua cara untuk meng-install MT4 ada di jelaskan lebih detail.

forex mudah kaya

 

fullbook

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top