#03 Tutorial MT4 : Cara membuka Chart Metatrader 4

#03 Tutorial MT4 : Cara membuka Chart Metatrader 4

Asas Forex, Tutorial Metatrader 4 No Comments on #03 Tutorial MT4 : Cara membuka Chart Metatrader 4

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Terdapat 3 cara untuk membuka chart di Metatrader 4.

  • Buka Chart di Metatrader 4 menggunakan FILE MENU.
  • Buka Chart di Metatrader 4 menggunakan STANDARD TOOL BAR.
  • Buka Chart di Metatrader 4 menggunakan MARKET WATCH WINDOW.

1. BUKA CHART DI MT4 MENGGUNAKAN FILE MENU.

metatrader4

Klik pada “FILE” kemudian, pilih “NEW CHART”. Selepas itu anda boleh memilih pair (mata wang yang ada mahu). Contohnya seperti di dalam gambar di atas, pair EURUSD.

Sekiranya pair yang anda mahu tidak ada di dalam senarai. Anda boleh rujuk gambar di bawah.

metatrader4

 

Klik pada “FILE” , kemudian pilih “NEW CHART”.

metatrader4

 

Kemudian, boleh pilih “FOREX MAJOR”. Dan anda boleh memilih pair seperti di dalam gambar di atas.

2. BUKA CHART DI MT4 MENGGUNAKAN STANDARD TOOL BAR.

Jika STANDARD TOOL BAR anda kelihatan seperti di bawah (Invisible – tidak dapat di klik) anda perlu membukanya.

metatrader4

 

Cara membuka STANDARD TOOL BAR, sila rujuk gambar di bawah.

metatrader4

 

Klik pada “VIEW” , kemudian “TOOLBARS” dan klik pada “STANDARD”.

Sekarang, STANDARD TOOL BAR sepatutnya sudah pun visible.

Untuk membuka chart menggunakan STANDARD TOOL BAR, klik pada ikon Standard Tool Bar. Kemudian pilih pair yang anda mahu buka. Jika pair yang anda mahu tiada di dalam list, anda klik pada “FOREX MAJOR” atau “FOREX MINOR”.

metatrader4

 

3. BUKA CHART DI MT4 MENGGUNAKAN MARKET WATCH WINDOW.

Klik pada “VIEW” , pilih “MARKET WATCH”. Atau anda boleh menggunakan keyboard short cut < Ctrl + M > .

metatrader4

 

Kotak “MARKET WATCH” akan keluar. Untuk membuka chart menggunakan “MARKET WATCH” , pilih pair dari market watch kemudian “RIGHT CLICK” dan klik pada “CHART WINDOW”. Chart anda akan muncul.

metatrader4

>>#01 Tutorial MT4 : Apa Itu perisian MT4?<<
>>#02 Tutorial MT4 : Bagaimana login ke akaun MT4?<<

Untuk lebih jelas dan mudah, anda boleh memuat-turun ebook PANDUAN MEMBUKA AKAUN di bawah. Semua cara untuk meng-install MT4 ada di jelaskan lebih detail.

forex mudah kaya

 

fullbook

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top