#04 Tutorial MT4 : Cara mengubah Chart Metatrader 4

#04 Tutorial MT4 : Cara mengubah Chart Metatrader 4

Asas Forex, Tutorial Metatrader 4 No Comments on #04 Tutorial MT4 : Cara mengubah Chart Metatrader 4

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Bagaimana cara untuk mengubah chart metatrader 4 anda mengikut kesukaan/keselesaan atau kesesuaian anda? Teruskan membaca tutorial ini.

CARA MENGUBAH JENIS CHART

Di dalam MT4, mempunyai 3 jenis chart yang boleh digunakan untuk melihat perjalanan harga di setiap pair pilihan anda.

Cara MUDAH untuk mengubah chart anda adalah dengan menggunakan CHART TOOL BAR.

Chart tool bar adalah seperti di dalam gambar di bawah.

Jenis-jenis chart:

  • Candlestick

candlestick

  • Line Chart

line chart

  • Bar Chart

Bar Chart

Jenis chart yang popular dalam kalangan trader adalah Candlestick. Walau bagaimanapun,anda boleh memilih jenis chart yang anda rasa sesuai dengan cara anda trading.

CARA MENUKAR GRAFIK/WARNA/BACKGROUND CHART

properties chart

Anda “Right Click” mouse anda pada chart. Kemudian, anda klik pada “Properties”.

Kotak seperti di dalam gambar di bawah akan keluar.

warna candle

Dari kotak ini, anda boleh menukar warna candle anda, background dan sebagainya.

Penerangan:

  • Background – Untuk menukar warna latar belakang chart anda.
  • Foreground – Untuk menukar warna tulisan pada chart anda.
  • Grid – Untuk menukar warna grid (petak-petak) apabila diaktifkan sahaja.
  • Bar Up – Untuk menukar warna pada candle menaik (Bayangan luar/Garisan candle).
  • Bar Down – Untuk menukar warna pada candle menurun (Bayangan luar/Garisan candle).
  • Bull Candle – Untuk menukar warna pada badan candle menaik.
  • Bear Candle – Untuk menukar warna pada badan candle menurun.
  • Line Graph – Untuk menukar warna graf line jika diaktifkan.
  • Volumes – Untuk menukar warna pada entry/posisi buy atau sell anda.
  • Ask Line – Untuk menukar warna ‘ask line’ jika diaktifkan.
  • Stop Levels – Untuk menukar warna ‘Stop Loss’ dan ‘Take Profit’ anda pada chart.

 

CARA MENUKAR TIME FRAMES

Untuk membuat analisis pada chart, anda perlu melihat pada pelbagai Time Frames. Untuk menukar Time Frames anda, anda boleh klik pada “Periodicity Tool Bar”. Rujuk gambar di bawah.

time frames

Sekiranya “Periodicity Tool Bar” tidak kelihatan di atas chart anda, anda perlu membuka “Tool Bar” tersebut terlebih dahulu. Caranya seperti di bawah.

1. Klik pada “View”.
2. Pilih “Tool Bars”
3. Klik pada “Periodicity”

period

CARA “SAVE” CHART YANG ANDA SUDAH UBAH (TEMPLATES)

template

 

Klik “Right Click” pada chart anda. Kemudian, Pilih “Template”. Terus klik pada “Save Template”.

save template

 

Kotak seperti di atas akan muncul.

1. Namakan templates anda.
2. Kemudian, klik “Save”.

>>#01 Tutorial MT4 : Apa Itu perisian MT4?<<
>>#02 Tutorial MT4 : Bagaimana login ke akaun MT4?<<
>>#03 Tutorial MT4 : Cara membuka chart Metatrader 4<<

Untuk lebih jelas dan mudah, anda boleh memuat-turun ebook PANDUAN MEMBUKA AKAUN di bawah. Semua cara untuk meng-install MT4 ada di jelaskan lebih detail.

forex mudah kaya

 

fullbook

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top