#05 Tutorial MT4 : Bagaimana menguruskan trading di MT4?

#05 Tutorial MT4 : Bagaimana menguruskan trading di MT4?

Asas Forex, Tutorial Metatrader 4 No Comments on #05 Tutorial MT4 : Bagaimana menguruskan trading di MT4?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

CARA MEMBUKA TRADING DI MT4.

Cara paling pantas dan mudah adalah dengan menekan <F9> di keyboard komputer anda. Kemudian, kotak “order” akan muncul.

open trade

Cara membuka trading anda dengan kotak “order” adalah seperti berikut.

order window

Penerangan :

  • Symbol – Pair pilihan yang anda mahu dagangkan (Trade).
  • Volume – Saiz tempahan (Buy atau sell) yang anda mahu.
  • Stop Loss – Set “Stop Loss” pada harga yang anda mahu. Stop Loss adalah setup untuk menghentikan kerugian pada trading anda.
  • Take Profit – Set “Take Profit” pada harga yang anda target. Take Profit akan menutup buy atau sell anda secara automatik dengan keuntungan pada harga yang anda tetapkan targetnya.
  • Comment – Anda boleh menulis komen/ulasan anda kenapa anda memilih untuk membuat keputusan buy/sell pada pair tersebut.
  • Type – Pilih jenis trading anda sama adan “Market Execution” atau pun “Pending Order”.
    • Market Execution adalah anda membuat dagangan pada waktu itu juga.
    • Pending order adalah anda membuat dagangan pada waktu harga yang anda sudah target.

CARA MENUTUP TRADING DI MT4 ANDA.

Sekiranya anda mahu menutup posisi trading anda, anda perlu memastikan “Terminal Window” terbuka.

Untuk membuka “Terminal Window” adalah seperti berikut.

terminal

“Terminal Window” akan muncul. Sila rujuk gambar di bawah.

close trade

 

Kemudian,

klik pada “Trade”. Anda akan nampak semua posisi trading anda.Untuk menutup posisi trading anda, anda klik pada butang “X” di hujung sebelah kanan.

Selepas anda menutup kesemuanya, posisi trading anda tidak akan kelihatan lagi di “Trade Window”.

close trade done

 

CARA MENG-EDIT POSISI TRADING DENGAN MELETAKKAN STOP LOSS DAN TAKE PROFIT DI MT4.

Anda klik “Right Click” pada posisi trading yang anda ingin edit. Kemudian pilih “Modify or Delete Order”.

modify

 

Kemudian, kotak seperti di dalam gambar di bawah akan muncul. Anda boleh meletakkan “Stop Loss” atau “Take Profit” dengan mengisi harga di mana “Stop Loss” atau “Take Profit” anda akan berada pada chart seperti yang anda target.

TP N SL

 

Sekiranya anda mahu meletakkan “Stop Loss”, Anda masukkan level yang anda mahu (price) untuk “Stop Loss” anda berada. Sila rujuk gambar di bawah.

sl

Sekiranya anda mahu meletakkan “Take Profit”, Anda masukkan level yang anda target (price) untuk “Take Profit” anda berada. Sekiranya market ke price tersebut, “Take Profit” anda akan menutup trading anda secara automatik.

CARA MELETAKKAN PENDING ORDER DI MT4.

Apa itu “Pending Order” ? Trader suka menyebutnya “PO” sebagai singkatan. PO adalah cara untuk membuka posisi buy/sell anda pada masa hadapan dengan sendirinya. Menggunakan PO adalah salah satu cara untuk mengurangkan risiko loss dan untuk mendapat ketepatan waktu untuk buy/sell. Jika anda seorang yang sibuk dan sukar/jarang untuk membuka chart pada setiap masa, anda adalah orang yang sesuai menggunakan kaedah PO ini. Posisi trading anda akan terbuka pada waktu (di harga) yang anda mahu.

Untuk membuka “Pending Order”, anda perlu membuka “Order Window terlebih dahulu dengan menekan <F9>.

Kemudian, anda pilih “Pending Order” seperti di dalam gambar di bawah.

pending order

 

Setelah anda memilih “Pending Order”, anda akan  melihat kotak seperti di bawah.

jenis po

 

Terdapat 4 jenis “Pending Order”. Iaitu:

  • Buy Limit –  Apabila market berada di atas, tetapi anda mahu membuat tempahan beli (buy) di level bawah market, anda boleh menggunakan “Buy Limit”.
  • Sell Limit – Apabila market berada di level bawah, tetapi anda mahu membuat tempahan jual (sell) di level atas market, anda boleh menggunakan “Sell Limit”.
  • Buy Stop – Apabila market berada di level bawah, tetapi anda mahu membuat tempahan beli (buy) di level atas market, anda boleh menggunakan “Buy Stop”.
  • Sell Stop – Apabila merket berada di level atas, tetapi anda mahu membuat tempahan jual (sell) di level bawah market, anda boleh menggunakan “Sell Stop”.

Contoh meletak “Sell Stop”. Sila lihat gambar di bawah.

contoh sl

 

  1. Pilih “Sell Stop”
  2. Isikan harga/level yang anda target.
  3. Klik pada butang “Place”.

Selepas anda klik pada “Place” anda akan melihat “Sell Stop” anda berjaya diletakkan.

success

 

Then, klik pada “OK”.

“Sell Stop” anda akan kelihatan seperti di bawah.

success 2

 

CARA UNTUK CANCEL PENDING ORDER DI MT4.

Cara untuk cancel “Pending Order” anda di MT4 adalah sama seperti anda mahu menutup posisi trading anda dengan klik pada butang ‘X’ pada hujung sebelah kanan di “Trade Window” anda anda.

Cara yang lain. Sila rujuk gambar di bawah.

cancel po

 

  1. Double klik pada “Pending Order” anda atau “Right Click”.
  2. Kemudian, pilih “Modify or Delete Order”.

Kotak di bawah akan muncul.

delete

 

Kemudian, klik pada butang “Delete” yang berwarna kuning.

Apabila berjaya cancel “Pending Order” anda , anda akan melihat kotak di bawah.

success delete

 

>>#01 Tutorial MT4 : Apa Itu perisian MT4?<<
>>#02 Tutorial MT4 : Bagaimana login ke akaun MT4?<<
>>#03 Tutorial MT4 : Cara membuka chart Metatrader 4<<
>>#04 Tutorial MT4 : Cara mengubah chart metatrader 4<<

Untuk lebih jelas dan mudah, anda boleh memuat-turun ebook PANDUAN MEMBUKA AKAUN di bawah. Semua cara untuk meng-install MT4 ada di jelaskan lebih detail.

forex mudah kaya

 

fullbook

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top