Apa Sebenarnya Forex

Apa Sebenarnya Forex

Asas Forex 74 Comments on Apa Sebenarnya Forex

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Forex atau singkatan bagi Foreign Exchange adalah satu akronim yang begitu pelik bunyinya bagi orang yang baru mendengarnya. Mendengar sebutannya sahaja mungkin sudah cukup untuk mematikan keinginan kita untuk mengetahuinya lebih mendalam.

Sukacita saya katakan bahawa itu adalah SILAP sama sekali. Forex sangat menyeronokkan jika anda benar-benar tahu apakah sebenar Forex.

Pada asasnya, APA SEBENARNYA FOREX?

Forex adalah perdangangan matawang online. Atau mungkin lebih mudah kita faham dengan ayat ini “Pertukaran mata wang”. Singkatan bagi Forex adalah “FX” .

Individu yang menjalankan perdagangan Forex dipanggil “Trader”. Menjalankan Forex disebut “Trading”. Bagi yang menjalankan perdagangan ini secara sepenuh masa, biasanya dipanggil FTT (Full Time Trader). Kebiasaannya, FTT adalah mereka yang sudah berpengalaman banyak dalam dunia Forex ini sehingga mampu menyara hidup hanya dengan menjalankan Forex sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Forex adalah pasaran yang terbesar sekali di dunia. Malah mampu memberikan kebebasan yang tiada pada perniagaan lain. Forex boleh didagangangkan pada bila masa sahaja, tidak kira pagi, tengahari, petang atau pun malam selama 24 jam sehari, 5 hari dalam seminggu.

Biar saya jelaskan lebih lanjut agar anda lebih mudah faham apa sebenarnya FOREX ini dengan contoh yang lebih sesuai dengan anda.

Misalnya anda akan melancong ke luar negara,mungkin ke Jepun. Anda tidak boleh menggunakan wang anda (Ringgit Malaysia) ke Jepun. Duit anda pasti akan di “Reject” ! Ya! itu sudah pasti kerana mereka bukan menggunakan matawang ‘Ringgit Malaysia’ tetapi mereka menggunakan ‘Japanese Yen’ .

Jadi, jika anda mahu ke Jepun, anda akan mencari pengurup wang untuk menukarkan Ringgit Malaysia anda kepada Japanese Yen terlebih dahulu. Mungkin sekarang anda sudah faham apa itu FOREX apabila saya menyebutkan “pengurup wang”.

Pengurup wang adalah perdagangan matawang tradisional.

Forex pula adalah perdagangan matawang moden.

Forex adalah pasaran yang paling terbesar berbanding pasaran saham di dunia iaitu telah membuat transaksi sebanyak USD 5 TRILLION dalam hanya sehari!!

forex mudah kaya

Oleh itu, peluang untuk mengaut keuntungan hampir tanpa had melalui Forex ini adalah cerah untuk sesiapa sahaja yang menjadi Trader!

Anda boleh memulakan pembelajaran Forex anda dengan mengetahui dan faham Asas Forex terlebih dahulu sebelum memulakan dagangan Forex anda sendiri dari rumah anda.

Terlalu banyak informasi di dalam internet untuk anda belajar asas-asas Forex sendiri. Saya sendiri juga menyediakan Ebook PERCUMA ASAS FOREX untuk sesiapa sahaja yang mahu belajar FOREX pada tahap permulaan.

forex mudah kaya

1236671_10205022894680018_8975155567100181053_n

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top