EA itu apa? Expert Advisor?

EA itu apa? Expert Advisor?

Asas Forex, Expert Advisor 119 Comments on EA itu apa? Expert Advisor?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Memang. Orang baru akan bingung jika kita asyik sebut ringkas. EA. Selepas itu, mereka pasti akan bertanya, EA itu apa? Lalu kita pun menjawab. EA itu Expert Advisor. Belum cukup untuk menjawab persoalan newbie.

Saya suka untuk menjelaskan kepada orang baru dalam Forex apa sebenarnya EA.

EA penuhnya adalah Experts Advisor. EA ialah suatu program yang telah disetkan oleh programmer mengikut kod serta indikator tertentu supaya program tersebut mengikut seperti apa yang telah dianalisa daripada teknikal forex. Jika kita trade secara manual, kita terpaksa melihat indikator 24 jam untuk mendapat signal yang betul. EA ini adalah satu cara memudahkan lagi kerja untuk forex tanpa perlu mengadap chart 24 jam.

Dengan erti kata yang lain, ia adalah sistem ROBOT. Kita programkan agar ia boleh bergerak sendiri secara automatik. Boleh membuat buy dan sell dengan sendirinya.

EA akan membantu menganalisa mengikut pergerakan graf serta membuat signal order untuk trade. Kita boleh membuat strategi tester berdasarkan tarikh-tarikh yang lepas untuk menguji kehebatan EA yang telah dibuat oleh programmer. Daripada hasil yang lepas, kita perlu cuba ‘forward test’ pula dalam 3 minggu ke sebulan dengan demo akaun sebelum memulakan ‘live trading’. Hal ini kerana mahu memastikan fungsi EA dalam kondisi yang baik ketika digunakan.

Terdapat bermacam-macam jenis EA yang telah diprogramkan yang boleh dicuba tetapi kita perlu mencubanya terlebih dahulu dengan demo supaya kita tidak menyesal jika berlakunya ‘drawdown’ terutamanya jika ‘news’ yang boleh mengubah analisa teknikal yang telah dibuat oleh EA. EA yang berbayar selalunya telah dicuba terlebih dahulu dan diyakini kehebatannya berbanding dengan EA percuma.Terdapat banyak EA yang percuma yang boleh didapati di forum-forum forex ataupun dilaman web forex yang lain. EA yang berbayar pula perlu dikaji terlebih dahulu sebelum membelinya.Dapatkan nasihat daripada pembeli-pembeli yang lain tentang prestasi EA berbayar tersebut.

EA tidak 100% sempurna kerana keadaan pasaran tidak semestinya tepat jika kita hanya berdasarkan kepada analisa teknikal. Tetapi apa yang menarik adalah EA dapat menghasilkan keuntungan 20%-100% daripada modal kita. Kebanyakan EA direka khas untuk platform MetaTrader 4. Saya akan tunjukkan bagaimana untuk guna EA ni di post saya yang lain kelak tetapi saya boleh menunjukkan berapa banyak profit yang kita boleh dapat jika kita pandai menggunakan EA terpilih.

Contoh gambar di bawah adalah ‘strategy tester’ menggunakan EA yang saya ada. EA ini adalah EA berbayar. Saya tidak mungkin akan berikan secara percuma buat masa ini.

Jika saya sudah bersedia untuk memberikannya percuma, saya akan membuat announcement kemudian.

1

2

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top