Faktor psikologi adalah punca Support dan Resistance

Faktor psikologi adalah punca Support dan Resistance

Asas Forex, Buat Duit Forex, Download Percuma 1 Comment on Faktor psikologi adalah punca Support dan Resistance

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni saya nak kongsikan teknik asas dalam Forex untuk newbie. Pemula-pemula Forex jangan bingung, jangan keliru dengan nama-nama teknik Forex yang berlambak diluar sana. Apa pun cara trader  nak “cari makan” dengan nama-nama teknik yang macam-macam gaya, jangan panik dulu. Sabar. Tenang.

Semua teknik yang newbie rasa macam gempak tu, saya berani katakan bahawa itu semua tetap hanya bermula dari ASAS. Tak ada yang tiba-tiba power dan terus bertabur duit dalam peti dengan menggunakan teknik tersebut jika tidak tahu selok beloknya. Semua trader tetap dulu kalanya bermula dari belajar asas juga. Di sebabkan mereka dah lama berkecimpung dalam Forex ni, kemudian digabungkan dengan daya kretif mereka sendiri, maka wujudlah pelbagai teknik forex yang namanya gempak dan power belaka.

 

Jadi apa sebenarnya ASAS daripada teknik-teknik itu semua? Ia bermula daripada mengenal semua ASAS yang ada di dalam arena Forex dan salah satu daripadanya adalah ASAS SUPPORT DAN RESISTANCE. Ada juga yang menyebut sebagai Teknik Support dan Resistance lantaran mereka trading(berdagang forex) berlandaskan Support dan Resistance.

Apakah faktor SUPPORT dan RESISTANCE ini wujud?

Salah satu faktornya adalah psikologi trader yang sedang “hidup berlegar-legar” di dalam dunia Forex tersebut. Di sebabkan manusia memiliki memori(daya ingatan), ia menyebabkan pasaran Forex mempunyai memori atau sejarah akibat jejak semula memori lepas trader terdahulu. Harga yang bergerak adalah satu bentuk gelombang yang terbentuk oleh kumpulan trader yang membuat keputusan untuk membuat transaksi sama ada jual atau beli pada waktu tersebut secara serentak.Hasil bacaan trader yang lalu pada chart, dijadikan rujukan oleh trader yang sekarang. Oleh hal yang demikian, terbentuklah seolah-olah ada satu garisan melintang yang kelihatan seperti harga seakan-akan tidak mungkin bergerak lebih jauh lagi daripada garisan tersebut.

1

 

Rujuk gambar di atas : Perhatikan garisan berwarna hijau di atas, kelihatan seperti harga tidak mahu tembus daripada level tersebut. Level tersebut dipanggil sebagai resistance.

Selain itu,hal ini terjadi kerana terdapat satu rumor (khabar angin) atau pendapat yang telah mempengaruhi para trader untuk melakukan transaksi tersebut. Sebagai contoh, apabila ada pengumuman mengenai krisis di wilayah Eropah  oleh bank Eropah (ECB), ia akan mempengaruhi pergerakan harga pada pasaran selepas berita itu diumumkan tetapi akan wujud satu pergerakan yang laju pada harga pasaran terlebih awal sesaat sebelum berita diumumkan kerana para trader telah terpengaruh dengan khabar angin yang tersebar sehingga berlaku breakout pada level (garisan melintang tersebut).

2

 

Rujuk gambar di atas : Gambar di atas adalah contoh breakout/tembus dari level support akibat tekanan seller yang kuat daripada trader.

Jika khabar angin itu adalah benar, maka pergerakan harga akan terus bergerak ke arah yang sama dengan lancar. Jika tidak, akan berlaku satu pergerakan yang mengelirukan. Mungkin harga akan breakout, tetapi ia berpatah balik, dan bergerak laju ke arah yang bertentangan dengan khabar angin tadi. Maka terjadilah “invalid breakout” di mana ia bermaksud wujud satu kumpulan trader yang membuat transaksi yang bertentangan dengan transaksi kumpulan trader yang terpengaruh dengan khabar angin yang salah tersebut.

3

 

 

Rujuk gambar di atas : Perhatikan pada candlestick berwarna pink di atas, harga telah turun pada mulanya dan menembusi level support tetapi akhirnya, harga naik semula dan berada di atas level support. Ini bermakna, ia adalah “Invalid breakout”.

Setiap yang difikirkan oleh trader-trader telah menghasilkan pergerakan harga pada chart tersebut. Jika anda adalah pakar psikologi dan digabungkan dengan kepakaran Forex, nah! sudah pasti anda mampu untuk menjejak market(pasaran) itu mahu kemana. Ya! Tetapi ia tidak semudah itu.

 

Peristiwa ini akan dikenali juga sebagai “buy the rumour, sell the fact” apabila pada waktu tersebut, terdapat kumpulan trader yang berjaya “menangkap” atau memperoleh keuntungan daripada kedua-dua pergerakan harga tersebut di mana trader tersebut telah membuat entry yang betul semasa pergerakan akibat khabar angin lalu menutup entry tersebut sebelum harga berpatah balik dan masuk semula entry bertentangan yang baru ketika harga mulai berpatah balik. Contohnya, ketika khabar angin mengatakan bahawa USDJPY akan melonjak naik, ada yang telah membuat entry buy kemudian menutup entry tersebut pada point yang tertentu sebelum harga mulai turun lalu membuat entry sell kerana berita yang diumumkan sebenarnya bukan melonjak naik tetapi sebaliknya.Lihat contoh pada gambar di bawah.

4

Ini lah yang dikatakan sebagai “Faktor psikologi trader adalah punca Support dan Resistance” wujud.

Ingin berjaya di dalam pasaran Forex, newbie perlu mendalami dan memahami support dan resistance dengan jelas. Sebenarnya, trader yang berjaya membuat entry yang betul bukan kerana mereka sedang bermain teka-teki. Bukan juga sedang menunggu tuah.

Sebenarnya,untuk memahami ASAS SUPPORT DAN RESISTANCE sangat mudah. Namun perlukan latihan yang kerap untuk mengkaji pergerakan harga pada chart.

Untuk memudahkan anda sebagai newbie, saya telah menyediakan ebook SUPPORT DAN RESISTANCE PERCUMA ini untuk anda. Mungkin ia PERCUMA dan kelihatan tidak bernilai, tetapi ingat, ia akan membantu anda mencari nilai dalam trading anda kelak.

ecover nota SNR full

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top