#01 Tutorial Mobile MT4 : Cara “Buy” dan “Sell”

#01 Tutorial Mobile MT4 : Cara “Buy” dan “Sell”

Asas Forex, Tutorial Mobile MT4 1 Comment on #01 Tutorial Mobile MT4 : Cara “Buy” dan “Sell”

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya akan membuat Tutorial Mobile MT4 untuk newbie agar memudahkan mereka menggunakan telefon ketika trading Forex.

Bagi saya, menggunakan Mobile MT4 lebih mudah dan ringkas. Malah boleh trading di mana sahaja kita berada.

Sekarang, saya akan menunjukkan cara membuat position “Buy” atau “Sell” menggunakan Mobile MT4.

Langkah 1 :

Anda perlu log in masuk ke akaun anda yang sedia ada. Jika anda belum mempunyai akaun sedia ada, anda perlu membuka akaun trading terlebih dahulu.

Tutorial Mobile MT4 1

 

Langkah 2 :

1.Masukkan nama broker anda di ruangan search seperti di dalam gambar rajah di bawah. Saya berikan contoh “Mocaz”.

2.Kemudian, klik pada “Mocaz.com-Live”.

Tutorial Mobile MT4 2

 

Langkah 3 :

1.Masukkan nombor akaun trading anda di ruangan Login.

2.Masukkan password anda (Jika anda terlupa password anda, sila rujuk semula alamat emel anda untuk mendapatkan semula password trading anda).

3.Anda klik pada butang “Sign In”.

Tutorial Mobile MT4 3

 

Langkah 4 :

Klik pada “Accounts” seperti di dalam gambar di bawah.

Tutorial Mobile MT4 4

 

Langkah 5 :

Klik “Quotes”.

Tutorial Mobile MT4 5

 

Langkah 6 :

Selepas anda klik pada “Quotes” , anda akan dapat melihat senarai pair seperti di bawah. Anda boleh pilih mana-mana yang anda mahu. Di dalam tutorial ini, saya berikan contoh “GBPUSD”.

Sekarang, klik pada “GBPUSD”.

Tutorial Mobile MT4 6

 

Langkah 7 :

Apabila anda klik pada “GBPUSD” tersebut, anda akan melihat kotak kecil seperti di dalam gambar di bawah.

Kemudian, anda klik pada “Open Chart”.

Tutorial Mobile MT4 7

 

Langkah 8 :

Kemudian, anda akan dapat melihat chart “GBPUSD” seperti di bawah ini.

Jika anda ingin membuka entry sama ada “Buy” atau “Sell”, anda klik pada simbol yang ditunjukkan di bawah ini.

Tutorial Mobile MT4 8

 

Langkah 9 :

1.Sebelum anda “Buy” atau “Sell”, anda perlu tentukan berapa volume yang anda mahu masukkan.Jika modal trading anda kecil, anda disyorkan menggunakan “0.01” sahaja untuk mengelakkan “Margin Call” jika berlakunya kesilapan.

2.Klik “Sell” jika anda membuat keputusan untuk menjual.

3.Klik “Buy” jika anda membuat keputusan untuk membeli.

Tutorial Mobile MT4 9

 

Sekian.

 

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top