Auto Copytrade Terbaik | Siapa Trader yang anda Follow?

Auto Copytrade Terbaik | Siapa Trader yang anda Follow?

Auto Copytrade, Buat Duit Forex No Comments on Auto Copytrade Terbaik | Siapa Trader yang anda Follow?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin mengongsikan beberapa tips dalam memilih trader yang bagus untuk di follow jika anda mengambil keputusan untuk membuat auto copytrade. Hal ini adalah penting untuk kita ketahui kerana ia berkaitan dengan dana kita. Bak kata Warren Buffett, “Rule no.1 : Never lose money. Rule no.2 : Never forget rule no.1”.

warren-buffett-warren-buffett-rule-no1-never-lose-money-rule-no2-never-forget

Beberapa tips di bawah boleh dijadikan cara untuk mendapatkan hasil auto copytrade terbaik.. sila baca tips berikut:-

1. Rekod/Sejarah trading manager : Mencari maklumat sejarah trader adalah penting dan yang paling utama. Kita harus perhatikan performance beliau pada sebuah akaun trading tersebut sekurang-kurangnya meningkat 6 bulan berturut-turut. Dan paling terbaik adalah setahun. Kita perlu menilai trading beliau adalah konsistan menaik.

2. 3% profit sebulan dengan konsistan : Adalah lebih baik kita membuat auto copy atau meniru manager yang konsistan menghasilkan 3% profit sebulan dan berterusan selama 12 bulan berbanding meniru trading manager yang mampu menghasilkan 10% keuntungan pada 6 bulan pertamanya dan kehilangan 7% pada 6 bulan selanjutnya.

3. Perhatikan jumlah follower : Hal ini sudah biasa dan sangat jelas. Kita perlu memerhatikan jumlah follower yang meniru trading manager tersebut juga. Jika followernya ramai dan semakin meningkat itu bermaksud manager itu sememangnya baik untuk ditiru. Walau bagaimana pun, perkara yang lebih penting adalah percentage keuntungan dan performance yang dilakukan oleh manager lebih diutamakan.

 

 

4. Profile trader : Perhatikan manager adalah jenis trader yang high rish atau low risk. Di dalam hal ini, anda yang menentukan mana satu yang akan menjadi pilihan anda. Perkara ini adalah berkaitan dengan ketahanan margin dana kita. Jika anda adalah jenis yang suka mengambil high risk (mengambil risiko tinggi) tetapi dana anda tidak cukup untuk menampungnya, ia adalah sangat sudah bagi anda untuk meniru manager yang jenis high risk. Dana anda kemungkinan besar akan hangus begitu sahaja.

5. Kesesuaikan kewangan : Mengikut jumlah dana atau modal anda, ia perlu disesuaikan dengan manager yang sesuai untuk keselamatan margin.

6. Kematangan psikologi : Lihat dan perhatikan bagaimana reaksi mereka(manager) ketika pasaran tiba-tiba di dalam keadaaan buruk yang tidak dijangka. Kita perlu melihat kualiti manager dalam hal ini. Adakah mereka akan menjadi panik dengan mengubah teknik trading mereka secara tiba-tiba? Atau bersikap tenang dengan tetap bertrading seperti biasa dengan mencari keadaan yang sesuai untuk meneruskan trading.

7. Follower tahu bila untuk bertindak sendiri : Jika manager yang kita follow mulai menunjukkan gelagat “Bad Performing” , atau mungkin anda mahu mengawal sendiri keuntungan , kita boleh menutup posisi trading kita tanpa menunggu manager menutup trading mereka. Atau, jika manager yang kita follow sudah mulai tidak memberikan performance yang baik, anda sebagai follower adalah berhak untuk meninggalkan manager tersebut sebelum dana anda margin call/ hangus begitu sahaja.

Jika kena pada cara, tempat yang betul, anda sememangnya boleh menjana ribuan ringgit dengan auto copytrade. Hanya perlu membuat sedikit research dan mengetahui siapa yang anda follow.

Hal ini kerana, trader yang profitable memang sukar untuk memberikan teknik trading mereka dengan mudah apatah lagi teknik tersebut sangat profitable dan mungkin cara mereka sangat menghasilkan profit yang berterusan. Mana mungkin untuk mereka menyebarkan teknik tersebut secara terang-terangan.Malah,anda juga mungkin tidak akan mampu untuk menyaingi mereka dalam trading tetapi tahukah anda? anda masih boleh meniru trading mereka? dan anda juga akan mendapat keuntungan hasil daripada meniru trading trader tersebut.

COPY

Walau bagaimanapun, terlalu banyak perkhidmatan copytrade di luar sana. JADI, MANA SATU PERKHIDMATAN COPYTRADE YANG TERBAIK?

Salah satu yang boleh saya kongsikan adalah Mocaz. Saya tidak perlu menceritakan kelebihan dan apa yang terbaik mengenainya.Anda hanya perlu membaca sendiri Nota Mocaz dan kesimpulannya, anda sendiri yang tentukan.

nota_mocaz_ecover

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top