4 Tips untuk analisis teknikal menggunakan teknik forex trendline breakout

4 Tips untuk analisis teknikal menggunakan teknik forex trendline breakout

Buat Duit Forex, Forex Tools, Teknik Trendline Breakout, Tips Forex, TLB PRO 2.0, Trendline No Comments on 4 Tips untuk analisis teknikal menggunakan teknik forex trendline breakout

Trendline adalah tools paling asas dalam trading teknikal forex. Ia sangat mudah untuk digunakan dan sangat senang untuk difahami. Trendline juga adalah tools yang sangat simple dan boleh digabungkan dengan tools yang lain yang biasa anda gunakan.

Cara menggunakan trendline adalah dengan menyambungkan dua atau lebih dari dua lows (harga terendah) atau menyambungkan dua atau lebih dari dua highs (harga tertinggi). Setelah membuat sambungan lows dan highs, trader akan membuat keputusan membuka entry berdasarkan apa yang berlaku pada price di sekeliling trendline yang sudah disambungkan tadi sama ada dengan melihat tanda-tanda “bounce” atau “breakout” atau sebagainya.

Tetapi, untuk entry yang tepat, cara kita meletak trendline perlulah tepat! Jadi, bagaimana untuk menjadikan entry kita tepat melalui penggunaan trendline?

Tips1# Hubungkan trendline dari lows ke lows atau highs ke highs

Ketika menyambungkan trendline dari lows pertama ke lows yang lain, pastikan trendline tidak terkena dengan candlestick yang lain. Contohnya, lihat pada gambar di bawah ini :

trendline 1

trendline 2

Berdasarkan gambar pertama di atas, sambungan trendline di low 1 dan low 2 adalah tidak valid. Hal ini kerana terdapat pelanggaran di bahagian lain iaitu terdapat 3 bahagian yang melanggar candlestick. Melalui trendline yang tidak valid ini, anda boleh jadi akan mengalami kesilapan besar dalam membuat keputusan untuk masuk ke dalam market.

Apa yang penting adalah di gambar yang kedua.Gambar kedua adalah contoh penyambungan trendline yang betul. Di sini, anda akan membuat keputusan entry yang tepat dan mengurangkan risiko kerugian ketika trading. Apabila anda melihat terdapat price bounce di area trendline tersebut, anda boleh mendapatkan price yang spesifik.

Pada pandangan saya melalui gambar kedua, saya akan membuat entry buy selepas beberapa candlestick bounce di atas trendline tersebut tetapi, jika berlaku sebarang breakout di bawah trendline, saya akan masuk entry sell dan mengambil profit beberapa pips daripadanya.

Tips2# Lebih banyak point yang kita boleh sambungkan, ia adalah lebih baik.

Seperti yang anda baca di atas, trendline boleh disambungkan lebih dari dua lows atau highs. Lebih banyak points yang kita sambungkan, ia adalah lebih baik. Hal ini kerana, ia seperti sebuah pattern di mana, jika terdapat perulangan berlaku, maka ia akan sentiasa berlaku. Sebagai contohnya, lihat pada gambar di bawah ini :

trendline 3

Berdasarkan gambar di atas ini, terdapat tiga point yang boleh disambungkan. Setiap kali price touch pada trendline tersebut, ada kebarangkalian besar ia akan melantun semula. Di situ, anda boleh membuat entry anda dengan tepat. Namun, jika berlaku seperti point yang bertulis “breakout” tersebut, anda tidak digalakkan untuk terus masuk entry kerana terdapat perubahan market. Atau jika anda tetap mahu untuk masuk entry, anda boleh sell dan mengambil beberapa pips profit daripadanya.

Tips3# Buy pada bullish trendline dan Sell pada Bearish trendlline.

Anda pernah mendengar mengenai “TREND IS YOUR FRIEND!” ? Jika “ya”, anda perlu berpegang teguh pada ayat ini untuk terus berdisiplin dalam trading anda terutamanya dalam penggunaan trendline. Kepada trader yang sudah cukup berpengalaman dalam forex, ayat “Trend is your friend” tidak perlu lagi dijelaskan. Sudah pasti dalam bayangan kepala mereka adalah masuk entry buy pada harga lantai (support) trendline dan masuk entry sell pada harga bumbung (resistance) trendline tetapi bagi trader baru, mungkin ini agak mengelirukan.

Sekarang, saya akan tunjukkan kepada anda “Buy pada bullish trendline”. Sila rujuk pada gambar di bawah ini :

tlb4

 

Berdasarkan gambar di atas, setiap kali price bounce di atas bullish trendlline, kita akan berpeluang untuk masuk entry buy.

Jadi bagaimana pula dengan “Sell pada bearish trendline”? Caranya tetap sama sahaja. Hanya kedudukan trendline sahaja yang berbeza. Lihat pada gambar di bawah ini :

tlb5.

Apabila price bounce di bawah trendline bearish seperti di dalam gambar di atas, kita berpeluang pula untuk membuat entry sell.

Sebenarnya, trading forex dengan menggunakan apa pun pasangan mata wang, paling utama dan penting sekali adalah trend keseluruhan. Cuma, yang membuatkan kita silap dalam membuat entry dalam penggunaan trendline ini adalah kerana kita tersilap melukis trendline di chart. Selain itu, kita juga kurang pasti adakah benar price akan bounce semula atau akan breakout pada trendline tersebut?

Terdapat beberapa skill yang kita perlu ada untuk mendapat ketepatan entry tersebut terutamanya semasa kita sedang membuat pemerhatian bounce atau breakout.

Tips4# Analisis teknikal menggunakan Teknik Forex Trendline Breakout

Teknik trendline breakout adalah teknik yang kerap saya gunakan ketika trading. Trendline breajout adalah apabila price memotong trendline dan close pada luar trendline. Contohnya, lihat gambar di bawah :

tlb6

Sekiranya berlakunya breakout, akan berlaku perubahan trendline.

Dalam artikel ini, anda sudah faham dan tahu bagaimana menggunakan trendline tools. Jika anda sudah menguasai teknik trendline breakout ini, In Shaa Allah ia akan membantu anda dalam mengaut keuntungan dalam forex. Walau bagaimanapun, apa yang saya kongsikan di sini adalah masih asas. Anda perlukan pembelajaran yang lebih lagi dalam teknik trendline breakout ini agar trading anda akan lebih efektif dan berkesan.

Sebagai ringkasan, saya senaraikan 5 langkah trading menggunakan Teknik Forex Trendline Breakout.

1.Kenal-Pasti divergence antara charts dan juga indikator

2.Lukis trendline berdasarkan trend semasa

3.Jika terdapat divergence,tunggu price untuk break trendline.

4.Jika berlaku breakout, enter trade berdasarkan breakout tersebut!

5.Exit trade jika price sudah break pada trailing trendline.

Itu lah 5 langkah penting dalam penggunaan Teknik Forex Trendline Breakout ini.

Dalam proses pembelajaran anda dalam teknik ini,anda MESTI membuat praktis yang kerap pada demo akaun untuk lebih menguasai teknik ini sehinggalah anda benar-benar faham. Walau bagaimana pun, teknik ini adalah teknik yang mudah dan ringkas. Saya jamin anda senang untuk mengusai teknik ini dan gembira memperolehi keuntungan yang berganda dalam trading anda.

Setelah anda membaca artikel ini dari atas, saya yakin anda sedang teruja kerana ia sangat ringkas, mudah dan senang difaham dan digunakan.Oleh itu,Anda WAJIB memuat-turun EBOOK PERCUMA berjudul TEKNIK TLB BASIC 1.0 di bawah ini untuk menambahkan lagi ilmu anda dalam teknik ini.

download11

Antara topiknya adalah:

1.Pengenalan Strategi TLB BASIC 1.0

2.Daftar Akaun Demo untuk praktis

3.Asas Strategi TLB BASIC 1.0

4.Indikator dan Divergence

5.Teknik Trendline Breakout

6.Strategi Jana Keuntungan Maksimum dan pantas melalui trendline – 5 langkah entry dan exit!

tlb basic ver1.0 - Copy

download11


 

Semoga ilmu TLB BASIC VERSION 1.0 ini bermanfaat untuk anda membuat trial atau experiment. Jika anda ingin mendapatkan TLB PRO 2.0 (Full Version – support group included) Sila Klik Sini.

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top