
Fakta Fibonacci | Fibonacci Fan dalam Forex Trading
Fibo966, Fibonacci Fans, Forex Tools, Teknik Fibonacci April 9, 2015 14 Comments on Fakta Fibonacci | Fibonacci Fan dalam Forex TradingAssalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Selain daripada Fibonacci Retracement, ada juga trader yang suka menggunakan Fibonacci Fan. Sebenarnya, tiada beza antara keduanya. Hanya bentuk sahaja yang berbeza. Fungsinya masih sama.
Tetapi, saya sangat tertarik juga dengan Fibonacci Fan ini kerana ia mudah digunakan. Jika anda adalag trader yang suka menggunakan trendline ketika trading, Fibonacci Fan juga boleh anda gunakan untuk menggantikkan trendline anda.
Bagi yang belum pernah melihat Fibonacci Fan, saya jelaskan dengan lebih lanjut bentuknya. Bentuknya seperti cahaya daripada satu sudut atau point. Contohnya, anda berada di tempat yang gelap, anda membuka lampu suluh lalu anda meletakkannya di lantai. Bagaimana anda lihat cahaya itu? Cahaya itu melebar apabila ia semakin jauh dari lampu suluh itu bukan? Untuk lebih jelas lagi, anda lihat pada gambar di bawah ini. Demikian lah rupa Fibonacci Fan.
So, bagaimana nak menggunakan Fibonacci Fans ni? Step pertama adalah dengan mengenalpasti trend keseluruhan terlebih dahulu.
Sekiranya trend adalah Downtrend, tarik point Fibonacci Fans dari point tertinggi ke point terendah. Anda boleh pilih time frame H4, D1 atau W1. Semakin besar time frame, semakin tepat analisis anda (Sesuai untuk swinger – Swing trading).
Sekarang lihat pada gambar di bawah, trend menunjukkan downtrend.
Kemudian, anda hanya perlu menarik Fibonacci Fans tersebut dari point tertinggi (Nombor 1) ke point yang terendah (Nombor 2) seperti di dalam gambar di bawah.
Sekiranya trend adalah uptrend, Fibonacci Fans perlu di tarik sebaliknya. Iaitu, dari point terendah ke point teringgi. Lihat contoh di bawah.
Pada asalnya, trader menggunakan Fibonacci fans ini untuk mengenal pasti perubahan trend. Contohnya, apabila harga close pada garisan pertama (38.2), maka trader akan mengandaikan bahawa itu adalah petanda yang pasti akan berlaku perubahan trend pada pasaran yang sedang mereka dagangkan.
Namun, kini sudah jarang trader menggunakan kaedah seperti itu. Kebanyakkan trader lebih suka menggunakan Fibonacci Fans ini sebagai ganti kepada trendline.
Sebagai contohnya, lukis Fibonacci Fans pada time frame H4 seperti di bawah ini. Pastikan melukisnya sama seperti melukis trendline.
Saya menggunakan GBPUSD untuk dijadikan contoh analisis menggunakan Fibonacci Fans ini sebagai trendline.
Berdasarkan gambar di atas, apabila harga di ‘reject’ di level terendah, kemungkinan besar, harga akan menyentuh ke garisan Fibonacci Fans yang kedua (50.0). Apabila terjadi breakout pada level 50.0 tersebut, harga boleh ke level seterusnya iaitu 61.8.
Bagaimanakah cara untuk membuat entry menggunakan analisis pada GBPUSD di atas? Mudah sahaja. Sila rujuk gambar di bawah.
Semoga bermanfaat. Happy trading, traders!