9 Rahsia Trader Berjaya Yang Kita Tidak Tahu

9 Rahsia Trader Berjaya Yang Kita Tidak Tahu

Motivasi Forex, Tips Forex No Comments on 9 Rahsia Trader Berjaya Yang Kita Tidak Tahu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Setiap trader mempunyai cara masing-masing dalam penghasilan keuntungan daripada Forex. Paling ketara adalah 9 cara yang digunakan oleh trader-trader yang berjaya.

  • Tentukan matlamat trading kita seperti membuat trading plan terlebih dahulu. Pastikan teknik yang digunakan adalah selari dan bersesuaian dengan matlamat yang kita tetapkan dalam trading kita. Pastikan juga teknik trading yang kita gunakan adalah teknik yang sepadan dengan personaliti kita.
  • Pilih broker yang kita selesa dalam menggunakan platform mereka. Selain itu, mempunyai tawaran dagangan yang menarik seperti bonus dan sesuai dengan teknik trading kita. Ia adalah sangat penting dalam menganalisis yang anda perlukan. Memilih broker yang bereputasi tinggi adalah amat penting walaupun terpaksa menghabiskan masa menyelidik perbezaan antara broker yang berlainan.
  • Pilih kaedah atau teknik tertentu kemudian aplikasikan secara konsisten dalam membuat perdagangan Forex. Sebagai seorang trader. sebelum masuk mana-mana pasaran Forex, kita perlu mempunyai idea terlebih dahulu bagaimana untuk masuk dan keluar pasaran pada waktu yang sesuai (Buka entry dan tutup entry). Sesetengah trader, suka untuk melihat asas-asas syarikat, ekonomi dan beberapa berita semasa global untuk menentukan bila mereka akan buy/sell market. Tidak ketinggalan juga ada trader yang memilih untuk masuk pasaran dengan menggunakan analisis teknikal pada chart. Lalu mereka akan menggunakan teknik/kaedah pilihan mereka untuk diselarikan dengan analisis mereka secara konsisten (Tidak menukar-nukar teknik trading).

  • Gunakan Timeframe besar untuk menganalisis tetapi gunakan Timeframe kecil untuk masuk entry dan keluar entry. Ramai trader yang keliru apabila melihat chart dalam Timeframe yang berbeza. Apabila melihat peluang buy pada TimeFrame Weekly itu adalah bermaksud ada peluang sell pada TimeFrame Intraday. Sekiranya menggunakan chart mingguan untuk masuk entry di chart harian, pastikan kedua-duanya memberi signal yang sama (Jika signal buy di chart mingguan, pastikan ada signal buy juga di chart harian).
  • Kira jangkaan trading atau membuat trading plan untuk melihat prestasi trading. Jangkaan adalah formula yang digunakan oleh trader berjaya untuk melihat sejauh mana realistiknya kaedah trading yang digunakan dalam menjana keuntungan. Lihat kembali semua trading yang lepas-lepas. Adakah rugi sudah diatasi oleh untung? Kita boleh melihat kembali 10 trading terakhir kita untuk melihat prestasi trading kita.
  • Fokus dengan trading dan terima dan cuba untuk menyukai loss yang kecil. Apabila anda sudak membuat deposit ke akaun live dan duit anda sudah menjadi duit digital di dalam akaun forex anda, anda perlu tahu bahawa duit anda di dalam risiko hilang. Oleh itu, duit tersebut perlulah BUKAN untuk keperluan atau duit untuk membayar bil anda. Anggap sahaja duit anda adalah di dalam keadaan melancong atau di hantar ke mana-mana luar negara. Ia ibarat anda membelanjakan duit tersebut ketika anda melancong diluar negara. Ini adalah salah satu tips psikologi yang penting untuk menerima hakikat kepada kerugian kecil pada trading anda kelak. Lupakan loss anda dan terus fokus kepada trades anda untuk membuat untung. Ini akan menghasilkan trading yang berjaya!
  • Bina feedback yang positif. Di dalam membuat trading plan, apabila anda memantau trading anda dan melihat kejayaan demi kejayaan, akan berlaku kejayaan yang berterusan lagi selaras dengan tenaga dan fikiran positif anda. Walaupun ada loss di dalam trading plan tersebut, ia akan membantu untuk terus memikirkan yang positif.
  • Lakukan analisis ketika hujung minggu. Tidak salah untuk mengambil tindakan menganalisis ketika market closed bagi persediaan minggu seterusnya. Kita boleh melakukan analisis pada TimeFrame weekly untuk melihat perjalanan atau jangkaan minggu seterusnya.
  • Buat screen shot chart trading dan buat catatan. Screen shot semua trading dan tuliskan komen mengapa mengambil keputusan untuk membuat sedemikian pada market sama ada anda buy atau sell. Jika ia adalah sebab fundamental, tuliskan apakah yang membuatkan anda percaya ia berlaku. Tuliskan juga emosi ketika anda membuat entry tersebut. Adakah anda panik? Tamak ? Catatkan semua untuk rujukan anda.

Semua step di atas akan membantu anda semua dalam melakukan trading yang terbaik selepas ini. Kepada yang baru mengorak langkah untuk menjana wang online dengan forex, anda boleh mendapatkan ebook percuma untuk memudahkan pembelajaran anda. Sila klik butang download di bawah.

forex mudah kaya

1236671_10205022894680018_8975155567100181053_n

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

Search

Back to Top