Trader akan mengalami masalah ketika menggunakan teknik trendline

Trader akan mengalami masalah ketika menggunakan teknik trendline

Teknik Trendline, Teknik Trendline Breakout, TLB PRO 2.0, Trendline No Comments on Trader akan mengalami masalah ketika menggunakan teknik trendline

Majoriti trader pasti sangat arif dan mengetahui hakikat bahawa trading menggunakan trendline adalah kaedah yang paling profitable atau memberi pulangan yang sangat tinggi dalam forex.

Hampir semua guru atau pengajar dalam bidang forex telah mendakwa bahawa trading menggunakan teknik trendline adalah teknik yang menguntungkan dalam dunia trading forex. Malah, ia adalah teknik yang sangat mudah dan senang.

Namun, jika dakwaan ini adalah benar, mengapa masih ramai trader yang menggunakan kaedah trendline masih mengalami masalah dan kerugian dalam trading? Mungkin, kerugian adalah perkara yang tidak mungkin boleh dielakkan dalam trading currency atau forex. Tetapi, ia adalah masalah yang sangat besar jika berlarutan. Sentiasa rugi dan terus mengalami kesilapan dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual. Ketika kita membuat keputusan untuk beli, tiba-tiba price jatuh dan terus jatuh. Ketika kita membuat keputusan untuk jual, tiba-tiba price naik menjulang.

Apakah penggunakan trendline ini sangat tidak boleh memberi keuntungan? Atau dakwaan bahawa teknik trendline boleh membuat keuntungan besar adalah palsu?

Berikut merupakan fakta dan punca mengapa kita sering mengalami masalah ketika menggunakan teknik trendline ini.

wrong trendline

  • Trader melukis terlalu banyak trendline di chart.
    • Mata manusia akan melihat setiap garisan micro dimana-mana.Trader perlu dan mesti berpegang pada satu trendline yang jelas atau tidak samar-samar. Trader perlu tegas pada diri untuk menetapkan pendirian dalam membuat analisis menggunakan timeframe yang lebih besar seperti weekly,daily atau month untuk analisis yang lebih berketepatan tinggi.Trader perlukan trendline yang berjangka masa panjang.

 

  • Trader tidak melukis trendline dengan tepat.
    • Walaupun trendline adalah tools yang mudah dan senang, tidak bermakna kita boleh sambil lewa ketika melukis trendline pada chart. Kita perlukan trendline yang dilukis dengan tepat untuk mendapatkan signal trading yang tepat.Trendline perlu dilukis dengan tepat dengan menyentuh paras harga tertinggi dan paras harga terendah.

stop-loss

  • Trader tidak meletakkan STOPLOSS dan tidak membuat anggaran atau target untung secara optimum.
    • Kita juga sering bertemu dengan trader yang sangat mengambil mudah dalam penggunakan trendline. Ada yang mengatakan bahawa trendline sangat profitable sehingga terlupa bahawa pasaran forex bukan mengikut arah yang kita mahukan tetapi pasaran bergerak dengan sesuka hatinya. YA! dengan sendirinya. Kita mesti meletakkan STOPLOSS untuk mengurangkan kadar kerugian jika berlaku sesuatu yang tidak dalam jangkaan kita. Letaklah STOPLOSS walaupun kita sangat hebat dalam menggunakan tools trendline. Mungkin, kita selalu membuat untung yang banyak ketika menggunakan teknik trendline ini. Tetapi, STOPLOSS sangat berguna terutamanya ketika kita tidak menyangka price tidak seperti yang kita analisis.

 

  • Mempercayai trendline Secara Rawak.
    • Adalah sangat berbahaya bagi trader yang percaya kepada setiap trendline yang dilukis secara rawak di chart tanpa mengusul periksa atau membuat analisis agar lebih jelas dan yakin. Pastikan trendline yang dilukis mempunyai maksud bukan dilukis secara rawak atau di mana-mana yang kita suka.

download

  • Tidak merujuk kepada pakar dan menganggap remeh.
    • Ramai trader tidak mahu merujuk kepada pakar kerana merasa trendline adalah tool yang senang dan mudah. Merasa sentiasa betul dan tepat. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan merugikan kita. Jika kita tidak pasti dengan ilmu trendline kita, jadilah bijak dengan mencari ilmu-ilmu trendline yang benar dan berkualiti. Trader juga boleh mencari guru trading yang boleh dipercayai untuk belajar teknik trendline yang profitable dan berketepatan malah mudah difahami. Terdapat sangat banyak ilmu trendline yang percuma dan berbayar pada masa kini. Buatlah pilihan bijak.

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top