Tips Terbaik Untuk Menjadi Kaya Dengan Forex

Tips Terbaik Untuk Menjadi Kaya Dengan Forex

Motivasi Forex 88 Comments on Tips Terbaik Untuk Menjadi Kaya Dengan Forex

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Biasanya kita akan dengar, kalau nak kaya dengan membuat untung dengan Forex, kita kena disiplin, tidak terlalu mengikut emosi, kena tahu analisis dan sebagainya. Semua itu adalah BETUL dan TEPAT sekali.

Tetapi ada sesuatu yang kita selalu terlupa. Mungkin juga tidak semua orang lupa. Mungkin juga tidak tahu atau tidak biasa.

TIPS KAYA DENGAN FOREX adalah:-

1.WITHDRAW semua keuntungan (Modal tinggalkan) sebelum loss atau akaun tersebut Margin Call.
Kenapa kena withdraw semua keuntungan tersebut sedangkan, jika semakin besar margin kita, semakin besar lot yang kita boleh buka untuk menjana lebih untung?

Soalan yang bagus. Cuba kita bayangakan sejenak.. Sekiranya kita merasakan keuntungan yang kita sudah jana itu masih sedikit dan ingin menambahnya, boleh. Withdraw dahulu sebelum ‘HILANG SEMUA’ . ‘HILANG SEMUA’ (Modal dan keuntungan) bukan sahaja membuatkan kita merasa rugi malah akan teringat-ingat kepada KEUNTUNGAN yang kononnya sedikit semasa ia sudah boleh diwithdraw.

Menambah keuntungan adalah dengan withdraw untung tersebut. Ia akan bertambah di akaun saving anda berbanding anda biarkan berada di dalam platform trading.

2.SIMPAN 25%-50% keuntungan yang sudah diwithdraw sebelum membelanjakan wang tersebut.
Masih ramai yang membuat simpanan mereka dengan cara yang songsang. Iaitu dengan membayar bil dan berbelanja terlebih dahulu sebelum membuat simpanan masa depan. Menyimpan beberapa ringgit BAKI ke dalam akaun simpanan kita selepas berbelanja tidak akan membuatkan kita kaya kerana JARANG yang berjaya menyimpan selepas seronok berbelanja dengan wang yang diperolehi. Mungkin ada yang berjaya tetapi sukar untuk mendapat simpanan yang sama setiap bulan (maintain).

Di dalam buku “Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah” oleh Zaid Mohammad (Pakar Kekeluargaan) dan Azizi Ali (Pakar Kewangan) ada menyebutkan, jika bil yang untuk dibayar tidak cukup selepas membuat simpanan, sila bayar bil tersebut pada bulan hadapan. Utamakan simpanan berbanding membayar bil (Bil yang sesuai seperti celcom, internet, etc…Amaran : Jangan sesekali lakukan untuk tidak menangguh pembayaran hutang kereta sekiranya anda tidak mahu malu kereta anda ditarik oleh bank dan along!)

3.SIMPAN 10-20% untuk deposit atau buka akaun lain.
Ini adalah ibarat menyediakan payung sebelum hujan.Tidak ramai yang cuba melakukan hal ini. Menyimpan dari keuntungan trading untuk hal-hal kecemasan akaun Forex. Bagaimana jika semua akaun anda loss? (Bukan untuk meminta-minta loss tetapi ini adalah salah satu cara untuk menjaga kewangan sendiri). Sekurang-kurangnya, anda tidak ‘terpaksa’ menggunakan duit gaji untuk membuat deposit akaun Forex anda bagi membuat ‘top-up’ akaun Forex anda jika anda adalah trader yang belum Full Time.

Selain itu, ini adalah cara untuk tidak menjejaskan kedudukan kewangan ada dalam perbelanjaan keperluan keluarga. Malah anda juga boleh meneruskan trading anda seperti biasa sekiranya menghadapi sebarang kesulitan.

4.BUKA AKAUN LIVE lebih dari satu untuk backup jika akaun yang lain loss/Margin Call.
Walaupun anda mempunyai satu akaun yang kukuh, buka sahaja akaun lain. Buka lebih dari 1 atau 2 atau berapa sahaja yang anda mampu. Sediakan juga untuk akaun yang anda gunakan untuk trading ‘swing’ di mana anda akan mendapat income pasif daripada akaun swing anda dari bulan-bulan yang lepas.

5.JADI IB (INTRODUCER BROKER) – Client dan Affiliate.
Menjadi IB bukan perkara mudah. Tetapi, jika anda mahukan income besar di dalam Forex, IB boleh membuatkan anda menjadi seperti itu. Hal ini kerana, anda akan berurusan dengan client dan mampu membina sistem affiliate yang kukuh dan sentiasa wang sentiada masuk ke dalam akaun anda.

Semoga berjaya kepada semua trader!
Jika anda adalah orang baru, jangan tanya dan fikir mengenai modal Forex anda terlebih dahulu kerana MODAL UTAMA dan PALING PENTING adalah ILMU!

MODAL BESAR tanpa ILMU – RUGI JUGA AKHIRNYA.
MODAL KECIL bersama ILMU – AKAN UNTUNG WALAUPUN PELAHAN.

Terlalu banyak informasi di dalam internet untuk anda belajar asas-asas Forex sendiri. Saya sendiri juga menyediakan Ebook PERCUMA ASAS FOREX untuk sesiapa sahaja yang mahu belajar FOREX pada tahap permulaan.

forex mudah kaya

1236671_10205022894680018_8975155567100181053_n

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

Search

Back to Top