Keseronokan dunia Forex bagi wanita

Keseronokan dunia Forex bagi wanita

Buat Duit Forex, Wanita Forex 155 Comments on Keseronokan dunia Forex bagi wanita

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah.
In Shaa Allah setiap rezeki yang Allah berikan di alam semesta ini akan menjadi milik kita bersama asalkan ada usaha dan kemahuan untuk memperolehinya.

Pelbagai jenis perniagaan yang boleh kita ceburi melalui alam maya dan salah satunya adalah FOREX.

Setiap bidang yang kita ceburi ada pro dan kontranya. Di sini saya hanya akan membincangkan dan bercerita perkara-perkara yang baik dan positif sahaja.

FOREX. Forex adalah perdangangan mata wang yang sangat popular terutamanya bagi kaum lelaki. Memang kaum lelaki lebih ramai yang menceburi bidang Forex ini berbanding lelaki, mungkin atas dasar tanggungjawab lelaki lebih besar berbanding wanita. Lelaki wajib mencari rezeki untuk keluarga dan mesti meningkatkan kewangan keluarga.

Jadi, FOREX adalah peluang keemasan untuk kaum lelaki mencapai matlamat dan kepuasan diri dalam menjadi ketua keluarga.

…tetapi bagaimana pula dengan wanita?

Wanita sebenarnya mempunyai bakat dan potensi besar dalam diri terutama di dalam dunia kewangan. Mengapa saya katakan demikian?

Pertama,
Wanita adalah ibarat ‘home-improvement’ di mana akan menjaga keperluan rumah, dapur, anak-anak, pakaian dan sebagainya. Suami yang jarang berada di rumah kerana keluar bekerja akan mengharapkan isteri dalam menjaga keperluannya seperti memasak, cuci pakaian dan menjaga anak-anak serta memastikan keperluan dalam rumah sentiasa cukup. Apabila isteri mendapati ada barang atau bahan yang kurang atau habis di dalam rumah, isteri terpaksa melaporkannya kepada suami untuk membuat pengiraan perbelanjaan hujung bulan bagi ‘top up’ isi rumah rumah.

Kedua,
Wanita adalah kaum yang suka bergaya dan berfesyen. Tanpa memiliki kewangan sendiri, wanita agak sukar untuk membeli atau mendapatkan sesuatu barang idaman setiap wanita tambah-tambah jika suami mempunyai banyak tanggunjawab seperti..bil elektrik, bil air, hutang kereta, insuran kereta, sekolah anak, makan minum dan keperluan keluarga, belanja ibu bapa dan sebagainya.

Cukup dua contoh yang saya utarakan. Yang lain-lain saya pasti anda tahu sendiri.

Wanita yang bijak akan bertindak membuat ‘sesuatu’ untuk menjadi “penyeri rumah tangga” bukan sekadar menjadi suri rumah biasa-biasa sahaja.

Jenis wanita yang dianggap sebagai “penyeri rumah tangga” adalah..

1. Sudi membantu suami dalam kewangan.
2. Mempunyai perniagaan sendiri atau kerjaya sendiri tetapi masih bersama-sama anak-anak dan suami sepanjang masa.
3. Mampu memiliki barang idaman sendiri tanpa mengganggu kewangan rumah yang disediakan oleh suami.
4. Mempunyai akaun simpanan sendiri seperti:

a.AKAUN SIMPANAN tidak boleh digunakan langsung – untuk kegunaan ketika tua dan perbelanjaan anak ke universiti sahaja.
b.AKAUN SIMPANAN KECEMASAN hanya boleh digunakan ketika kecemasan seperti kereta rosak, rawatan hospital dan sebagainya.
b. AKAUN SIMPANAN barang idaman. Mengumpul duit untuk mendapatkan sesuatu barangan seperti handphone baru, jam baru dan sebagainya.

5. Tahu berjimat!
6. Membina ‘EMPIRE’ bersama-sama suami.

Oleh hal yang demikian, WANITA juga layak untuk menceburkan diri dalam dunia FOREX dan boleh menjadi seorang FULL TIME TRADER atau MASTER INTRODUCER BROKER atau INTRODUCER BROKER!

Kaum wanita yang masih sedikit bilangannya dalam dunia forex ini sebenarnya menjadi lebih seronok jika anda adalah wanita yang BERANI dan MENJADI UNIK berbanding wanita-wanita yang lain.

Bayangkan jika, anda adalah wanita yang sudah menjadi seorang ibu. Anda terpaksa berhenti kerja kerana anda mahu menjaga anak-anak anda sendiri. Apakah perasaan anda ketika itu? YA! Anda memang gembira kerana anda akan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak anda. Tetapi bagaimana dengan poket anda yang dulu berisi kini terpaksa menunggu gaji suami sahaja? Adakah anda tidak kesihan suami anda? atau..tidak kah anda kesihan dengan diri anda sendiri? FOREX sangat sesuai untuk wanita di rumah kerana Forex tidak perlu keluar mencari orang. Anda boleh lakukan ini di rumah sambil melihat anak-anak anda bermain.

Jika anda bukan seorang ibu tetapi wanita yang masih bujang. Tidakkah anda mahu menjadi ‘Boss’ kepada diri anda sendiri? Bayangkan jika anda bangun pagi subuh, solat subuh kemudian sarapan tetapi tetap tidak bergegas ke mana-mana untuk mengejar masa pejabat. Tidak kah anda merasa begitu bahagia dan seronok? Forex boleh membuatkan anda menjadi seorang wanita yang mempunyai kewangan tetapi tidak perlu mengejar masa untuk ‘punch card’! Anda tidak perlu menghadapi desakan majikan anda untuk menyiapkan kertas kerja pada masa yang dia mahukan. Anda hanya perlu memikirkan bagaimana untuk menyiapkan trading Forex anda pada hari ini dan membuat withdraw keuntungan anda pada hari tersebut sahaja! Selebihnya? Pergilah shopping atau belanja ibu bapa anda makan.

Jika anda adalah wanita yang bukan berpelajaran tinggi sekalipun, Forex masih membuka peluangnya kepada anda yang mahu belajar. Jika anda wanita yang belum ada apa-apa asas Forex sekalipun, anda masih belum terlambat untuk menuntut ilmu Forex ini sekarang!

PILIHAN

Tidak ada sesiapa pun yang menyatakan bahawa wanita tidak boleh berjaya terutamanya di dalam Forex. PILIHAN ADALAH DI TANGAN ANDA.

Jika anda memerlukan panduan dalam mempelajari Forex, anda boleh mendapatkan Ebook Asas Forex Percuma dengan menekan butang “Download Sekarang” di bawah.

forex mudah kaya

1236671_10205022894680018_8975155567100181053_n

 

download11

Author

Sophee Richer

Bermula trading sejak tahun 2012, kini memfokuskan kepada perkhidmatan berkaitan trading dari segi pembelajaran, analisis dan local IB bagi broker antarabangsa.

Related Articles

 
Anda boleh mendapatkan EBOOK ASAS FOREX PERCUMA di sini. Isikan nama dan emel anda.
Nama:
Emel:
PRIVACY anda terpeliahara.Tiada SPAM. Harap Maklum.

Back to Top